Resepi
Kek Coklat Moist
Jika kita menyebut coklat, siapa yang tak
suka? Ia punya rasa enak dan manis membuat coklat sangat disukai oleh hampir
semua orang, adalah tidak terkecuali kanak-kanak. Tidaklah terkejut kalau
coklat menjadi bahan tambahan dalam membuat kek, roti, atau gula-gula kegemaran
anda. Bukan sekadar bahan tambahan, terdapat banyak resepi yang menggunakan
bahan-bahan dasar daripada coklat, seperti resepi kek coklat moist. Jika anda
sudah pernah mencuba tapi gagal, atau belum pernah belajar resepi kek coklat moist
yang mudah ini, anda berada di tempat yang betul kerana saya akan memberitahu
anda bagaimana untuk membuat kek coklat yang moist dan mudah. Anda boleh
membuat ia bersama-sama dengan anak anda untuk mengisi masa pada hujung minggu
kerana resepi ini sangat mudah untuk anda buat dan bahan-bahan ini adalah
sangat mudah untuk anda cari. Anda boleh makan kek ini bersama keluarga sambil
bersantai di rumah atau boleh dibuat apabila adanya sesebuah sesebuah majlis.
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-bahan buat kek coklat moist :
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 3/4 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur
Bahan-bahan
buat topping kek coklat moist:
- 1/2 coklat masakan yang sudah dipotong kecil
- 1/2 sudu esen vanilla
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- 1/4 cawan air panas
Cara buat kek coklat moist:
- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat, kacau sampai sebati selama 5 minit, ketepikan.
- Lepas tu, pukul telur sampai kembang, masukkan gula, pukul telur sehingga kembang dan sehingga gula itu hancur.
- masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi sedikit demi sedikit berselang dengan air suam.
- kacau sedikit dan masukkan esen vanila, susu pekat, dan minyak masak.
- kacau sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan alaskan permukaan kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan air jatuh ke atas kek.
- kukus selama 1 jam.
- Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
- Angkat dan sejukkan.
- Kek coklat kukus siap dihidangkan.
Cara buat topping kek coklat
moist:
- Panaskan susu cair dengan kaedah double
boiler.
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
- Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga
cair.
- Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga
menutupi keseluruhan kek.
- Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam
kek.
- Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan
air panas.
- Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
- Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke
dalam peti sejuk.
- Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap
dihidangkan.
KEK PISANG
RESEPI KEK PISANG
BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK PISANG
4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris
nipis untuk hiasan
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
CARA BUAT KEK PISANG
1.
Sediakan Bahan 1
·
Campurkan tepung
gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak.
2.
Sediakan Bahan 2
·
Lecek pisang
sehingga lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan.
·
Campurkan garam dan
juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan.
3.
Sediakan Bahan 3
·
Pukul telur bersama
gula dan esen pisang hingga kembang.
·
Kemudian tuangkan
butter cair dan gaul rata.
4.
Kemudian gaulkan
kesemua bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 ke dalam sebuah bekas.
5.
Sediakan loyang dan
alas loyang dengan kertas pembakar serta sapukan loyang dengan sedikit butter.
6.
Tuangkan adunan ke
dalam loyang
7.
Hiaskan atas adunan
dengan kepingan pisang yang di hiris nipis.
8.
Bakar dalam ketuhar
pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
9.
Cucuk tengah kek
dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering makanya kek
telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
RESEPI KEK BATIK
Satu
Malaysia sudah mengetahui keistimewaan kek batik ini. Kek batik adalah sangat
senang dibuat kerana hanya menggunakan biskut dan beberapa bahan lain. Istimewanya
kek batik adalah kerana kek batik ini tidak perlu dibakar dalam ketuhar. Malahan
ianya juga tidak memerlukan peralatan istimewa seperti “mixer” atau alatan
membuat kek yang lain. Yang paling best, ia tidak memerlukan masa yang lama,
tetapi pada masa yang sama, rasanya begitu sedap. Jadi, kalau anda yang
teringin nak makan kek, bolehlah buat kek batik. Ia juga sesuai untuk majlis
keramaian.
Bahan-bahannya:
½ tin susu pekat manis
¾ cawan buttercup
175 gm biskut meri (plain)
Cara penyediaan :
1)
Cairkan butter di dalam periuk. Kemudian masukkan susu pekat dan gaulkan hingga
sebati dalam keadaan api yang sederhana..
2)
Masukkan serbuk koko dan serbuk milo ke dalam periuk dan gaulkan sehingga sebati.
Pastikan
tiada milo yang berketul-ketul. Seterusnya padamkan api apabila bahan yang dimasukkan tadi
telah sebati.
4)
Masukkan biskut yang telah dipatahkan ke dalam periuk dan gaul rata. (biskut
meri boleh dipatahkan 4 atau 2, tapi tidak boleh sampai hancur)
5)
Masukkan kesemua bahan dalam periuk tadi ke dalam sebuah bekas/loyang yang
sudah dialas dengan plastik. (plastik diletakkan untuk memudahkan proses untuk
keluarkan kek yang sudah siap dari bekas).
6)
Padatkan bahan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan-nekan belakang sudu
ke permukaan kek batik tu. Kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam supaya keras.
7)
Kek batik telah siap. (untuk memudahkan kek batik dipotong, keluarkan 30minit di dalam
peti sejuk sebelum potong.




